Logo Al-Hasaniah ini berteraskan kepada kesepaduan ilmu agama duniawi dan ukhrawi. Logo ini telah digarap bersama dengan mengambil kira Al-Quran sebagai rujukan dan sumber utama umat manusia, Tulisan Jawi sebagai asas penyaluran ilmu, Bulan Sabit sebagai lambang Agama Islam yang perlu dipertahankan.
Rekabentuk logo ini pula mengandungi 3 elemen penting iaitu Al-Quran, Tulisan Jawi berbentuk Kapal dan bentuk tiga segi yang diperhalusi bagi menggambar tahap aqidah yang hanya dikhususkan keyakinan serta kepercayaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan RasulNya sahaja.
1. IMAN - Allah dalam firmanNya bermaksud: “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan". (al-a’raf:96).
2. TAQWA - Allah dalam firmanNya bermaksud: “Ketahuilah, Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (yunus:62).
Mengikut Hamka, keimanan bermakna kepercayaan iaitu pengakuan hati yang dibuktikan dengan amalan perbuatan yang dilafazkan oleh lidah, akhirnya menjadi keyakinan hidup manusia. Sementara ketakwaan, ianya mengandungi makna seperti berikut:
- memelihara hubungan yang baik dengan Pencipta.
- memelihara diri daripada perbuatan yang tidak diredhai oleh Pencipta.
- memelihara dan melaksanakan segala perintah Pencipta untuk diamalkan.
Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa perkataan takwa itu tidak boleh diertikan dengan makna takut, kerana hakikat ketakwaan meliputi makna amal, cinta, kasih, harap, tawakkal, redha, sabar dan sebagainya. Jadi makna ketakwaan jauh lebih luas dibandingkan dengan makna takut.
3. ILMU - Allah dalam firmanNya bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan". (al-mujaadalah:11)
4. AMAL - Allah dalam firmanNya bermaksud " SesungguhNya Al-Qur'an ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar". (al-israa':9)
MOTO SEKOLAH
* IMAN * TAQWA * ILMU * AMAL *